Lokasi : Lereng WanSiti, Kg Telok Ira
Tarikh : 12 April 2026
Masa : Mulai pukul 10.00 pagi
Lokasi acara yang sungguh menarik dipinggir Sungai Pahang
Diantara warga KTK yang mula sampai
Menunggu mehadiran warga KTK
Dato Zainal Azman
(Penaung KTK)
Sedang mengikuti ucapan Penaung KTK
Tok Nasir, Abg Bad, Din Keratong
Dun Keratong menerima hamper dari Dato Zainal Azman
Rahim yang jadi juru acara majlis turut memenangi cabutan bertuah
Kok Nee adalah penggerak majlis jamuan raya kali ini
Adik kecil juga tidak ketinggalan mendapat hadiah
Adik ini juga memenangi cabutan bertuah
Tok Nasir menyampaikan hadiah kepada Dato Zainal Azman
Ustaz Wahab menyampaikan hadiah peribadinya kepada Tok Nasir
Anak-anak Warga KTK bersorak gembira menerima 'Duit Raya' daripada Penaung KTK
Diantara warga KTK bersama hadiah cabutan bertuah yang dimenangi
Bergambar kenangan diakhir acara
------------------------------------------------------------------
SEJARAH KELAB TEMERLOH KOI
Kelab Temerloh koi telah diasaskan oleh Sdr Mohd Nasir bin Ahmad (Tok Nasir) pada tanggal 20 Julai 2010
Diawal kemunculannya iaitu pada zaman Facebook, KTK telah mempunyai keahliàn melebihi 1,000 orang, kemudiannya telah bergerak sesuai dgn peredaran masa dan perkembangan media sosial KTK juga telah beralih kepada era grup WhatsApp.
Dari situ KTK telah berkembang dan menjadi satu wadah untuk berkomunikasi sesama warga Temerloh.
KTK telah menerbitkan sebuah laman blog untuk menyimpan detik-detik manis sepanjang perjalanan aktivitinya untuk diabadikan.
Pada tahun 2017 KTK mengalami zaman suram. Keadaan ini ditambah lagi dgn keadaan kesihatan Tok Nasir pada tahun 2018.
Bagaimana pun, bermula tarikh 1 Januari 2026, hasil daripada satu pertemuan diantara Tok Nasir dgn sdr Najid Rahman yang telah diadakan di Banting,Selangor, pertemuan dua sahabat lama yg telah terpisah lebih sepuluh tahun ini telah mencetuskan idea untuk menghidupkan semula KTK.
Susulan dari pertemuan tersebut Tok Nasir telah menjejaki semula warga KTK yang telah lama menghilang sejak hampir satu dekad yang lalu.
Lalu bersama dengan beberapa warga KTK yang masih kekal semenjak awal penubuhannya, mereka telah mengadakan sesi pertemuan semula, maka mereka mengadakan satu sesi ngeteh secara santai iaitu 'Breakfast Ambang Ramadan' pada 17 Februari 2026 di Kg Pamah Kaseh.
Lanjutan daripada itu KTK telah mengorak langkah dengan menganjurkan pula Iftar Ramadan pada 15 Mac 2026 yang lalu dalam suasana yg sangat meriah.
Dan pada hari ini 12 April 2026 sekali lagi ahli KTK kembali berhimpun bertujuan untuk lebih merapatkan jalinan ukhuwah yg sedia ada.
Semoga semangat dan ukhuwah ini akan terus mekar buat selama-lamanya.