Iftar Ramadan KTK 2026

Tarikh : 15 Mac 2026 @ 25 Ramadan 1447 H (Ahad)

Tempat : TAWAN TOMYAM

Warga KTK mula sampai direstoran 
Tawan Tomyam seawal jam 6.00 petang

Abg Bad bergaya dengan Baju Korporat KTK

Kok Ayu membawa Sagu Gula Melaka

Demi ukhuwah 
Din datang jauh dari Keratong

Azam HeRo datang bersama keluarga

Kok Ayu & Kok Nee
Dua personaliti KTK yang sentiasa komited

Liza datang ditemani puterinya

Ustaz Wahab akan membaca 
doa berbuka puasa sebentar lagi

Dato Zainal Azman 
(Penaung KTK)

Kok Tun bersama isteri Abg Bad

Eiman Jejaka Tampan KTK

Menanti waktu berbuka puasa

Dato Zainal Azman dan Abg Bad
ketiadaan Abg Mus amat dirasai disebabkan beliau ada komitmen lain tak dapat bersama dalam majlis ini

Hidangan telah tersedia

Eiman hadir bersama keluarga

Menunggu detik 7.24 ptg waktu untuk berbuka puasa

Kak Ayu akan pastikan segala 
persiapan Iftar berjalan lancar

Sue, Kok Ayu, Kok Tun & Kok Zaini

Selesai sudah berbuka puasa hari ini
Alhamdulillah 

Merihatkan diri setelah selesai 
berbuka puasa

Din & Tok Nasir
Silaturrahim yang kekal buat selamanya

Sue & Kok Nee
sentiasa menyokong setiap aktiviti KTK 

Tiga Mak Dara KTK
Kelihatan 'Awie' mengintai dibelakang

Nur Isman & isteri
 Kehadiran pasangan Merpati Dua Sejoli

Kueh Puteri Ayu infaq dari Kok Tun

Abg Kadir turut hadir bersama Kok Nee serta dua puterinya
 
Kok Ayu adalah antara penggerak 
majlis iftar

Sebahagian barisan warga KTK

Tiga Mak Dara KTK

Suasana Iftar Ramadan KTK 2026
yang sungguh meriah dengan kehadiran 
lebih 40 orang ahli KTK

*******************************************

*Majlis Iftar Kelab Temerloh Koi 
Kembali Dianjurkan Selepas Sedekad*

Temerloh, 15 Mac – Setelah hampir sedekad tidak dianjurkan, Majlis Iftar Kelab Temerloh Koi kembali diadakan pada tahun ini dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah, sekali gus menghidupkan semula tradisi pertemuan yang telah lama dinantikan oleh ahli-ahli kelab.

Majlis yang kali terakhir diadakan pada tahun 2017 ini menghimpunkan ahli-ahli kelab yang terdiri daripada anak-anak Temerloh serta rakan-rakan yang mempunyai hubungan rapat dengan daerah ini.

Nama “Koi” yang digunakan dalam kelab ini diambil daripada dialek masyarakat Temerloh yang bermaksud “saya”, melambangkan identiti kebersamaan serta rasa kepunyaan terhadap daerah Temerloh. Kelab ini menjadi wadah untuk menghimpunkan individu yang mempunyai semangat kekitaan, kecintaan terhadap Temerloh serta komitmen untuk memelihara hubungan persahabatan dalam kalangan ahlinya.

Majlis iftar ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berbuka puasa bersama, malah berfungsi sebagai platform mengeratkan kembali silaturahim yang mungkin terpisah oleh kesibukan kehidupan serta jarak masa yang telah berlalu.

Suasana majlis berlangsung dalam keadaan santai dan penuh kemesraan apabila para ahli dapat bertemu semula, bertukar cerita serta memperkukuhkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin. 

Penganjuran semula majlis ini juga memberi harapan baharu agar Kelab Temerloh Koi dapat terus menggerakkan pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan pada masa akan datang, sekali gus memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.

Ramai ahli yang hadir menyatakan rasa gembira kerana dapat berkumpul semula setelah hampir 10 tahun berlalu, dan berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi memastikan hubungan silaturahim terus subur.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan sebagai simbol kebersamaan serta komitmen ahli untuk terus memelihara semangat persahabatan dan kecintaan terhadap Temerloh.

Disediakan oleh:
Badri Yunus